Saturday, June 12, 2010

cerita pak imam dgn kaki lepak

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni padau, ijam & afir. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si padau pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.




Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh padau azan. Tanpa berlengah terus je padau azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada padau & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan padau. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Ijam panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.




Ijam pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Ijam ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”


.

Lalu batallah solat Ijam. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.




Tok imam pun mintak pulak si afir jadi imam. Si afir pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si afir niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si afir ni. Tapi dengan bongkaknye si afir berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.

He heee…”
Afir@Sau

Wednesday, June 9, 2010

Citar Kelakar

SAM n DOL

SAM:Kenapa kau cakap minun susu segar boleh bawak maut?

DOL:Sebab semalam semasa aku tenagh minun,lembu itu terajang aku.

         nasib baik x mati...

SAM:Apasal kau marah kat tokey kedai 2 Ringgit 2???

DOL:Sebab dia tipu aku.Aku beli 3 barang dia minta 6 Ringgit.

           Kata kedai 2 Ringgit..

SAM:Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas?mana kau tau dia mati lemas???

DOL:Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

SAM:Semalam aku nampak hantu!

DOL:Uih!kau terkejot tak?

SAM:Taklah...hantu tu yang terkejot tengok aku.

DOL:Mana kau tahu?

SAM:Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL:Gula dah habis!

SAM:Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL:Kan aku kata,sebab gula dah habislah!

SAM:Aku tengok kau beberapa hari ini"candle light dinner"dengan bini kau,mesti dia suka..

DOL:Kene marah adalah!Api rumah aku dah kene potong lah,lupa nak bayar bil elektrik!

SAM:Dol,aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL:Iya ke?Kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

SAM:Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL:Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard"SILA DATANG LAGI"... kau degil!!!

he.....he.....

Afir@Sau

Tuesday, June 8, 2010





OBJEKTIF GIATMARA KUALA LUMPUR

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi mayasrakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra.

GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bu
miputra mempertingkatkan kemahiran mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

KURSUS YANG DITAWARKAN.

Teknologi Sistem Komputer.




Teknologi fotografik.




Elektronik